Tuesday 27 November 2012

WHAT THE FUCK IS GOING ON WITH THIS WORLD - Ace of spade di dahi



"..rahmat Tuhan dijudikan.."

(Petikan dari sebuah cerpen karya Ishak Haji Muhammad,
atau nama gergasinya Pak Sako)





-Cina itu yang bayar gaji gua-
Farysa Sinsabell-

Sunday 25 November 2012

what the fuck is going on with this world - THE RETURN

ade banyak pompoan seksi belanja usha payudara,
yang dipertandingkan adalah mereka yang sopan dan beragama.
siapa dapat pecahkan daranya, dialah juara.

ada banyak mat gian yang hisap dadah siang malam,
yang diajak teman hisap adalah budak yang tak sentuh dadah.
siapa dapat bawa budak baru, dia lah old-timer.

ada banyak masalah nyata untuk dikaji bersama,
yang diajak bertekak adalah masalah kecil tak bersignifikan.
siapa dapat terus berhujah, dialah berilmu.

ada banyak cara nak mengecapi kebahagian yang saksama,
yang berparang, bertekak, berfitnah dan bersantau jadi pilihan.
siapa dapat kekal berdiri, dia yang layak berjaya.

ada banyak melayu cakap bau durian tu busuk,
yang dikatakan enak itu bau jack deniel, kalbseg dan hainiken.
siapa tonggak lebih, dia yang paling mellinium.

apajadah la shilanat sekalian.


OUT

Tuesday 13 November 2012

What the heck is going on with this world...

Minachi skandal rm250 juta duduk senang lenang dekat banglo berhawa dingin, Makcik ibu tunggal mencuri sebab anak lapar kena penjara....phuiiiii


P/s:Kalau ikut hudud dah lama dah minachi tu kena potong tangan...phuiiii



Wednesday 7 November 2012

TAK MUNGKIN : marhaen

aku orang biasa.
tak mungkin mangkat dijulang.

aku berfikiran negatif.
tak mungkin memikirkan yang positif.

aku anak jantan.
tak mungkin mengalah tanpa melawan.


OUT

Tuesday 9 October 2012

UNTUNGLAH- Lantai rumah lu luas, rata, dan wangi

Gua cemburu amat,
lantai rumah lu kemas sangat.

-Penonton Ter-teater -
Farysa Sinsabell

Thursday 20 September 2012

Untunglahhh: Sangkar emas

untunglah lahir dalam keluarga kaya mampos-mampos.
bangun pagi,
cuma perlu pikir nak enjoy apa makan apa.

untunglah lahir dalam keluarga kaya mampos-mampos.
masalah hidup,
sekadar masalah cinta dengan awek-awek jelita.

untunglah lahir dalam keluarga kaya mampos-mampos.
belajar ikat perut,
sebab pergi gym dan time puasa je.

untunglah lahir dalam keluarga kaya mampos-mampos.
tak perlu faham simpan duit,
sebab apak sama amak sudah kasi RM3juta setahun.

untunglah lahir dalam keluarga kaya mampos-mampos.
mempunyai ramai kawan,
cuma perlu pilih nak kawan dengan anak Haji or anak Tan Sri.

untunglah lahir dalam keluarga kaya mampos-mampos.
simpati tengok orang miskin macam aku,
tapi rilek je hari-hari makan nasi goreng berharga RM45/plate.

gua nak tengok,
kalau lu bukan anak mak bapak lu,
lu boleh mengepak macam sekarang atau tak.

p.s: ptuih la melayu! cakap konon humble lah, down to earth la... serupa kote punya cerita juga. pfftttttt


AkuPonJelezDanDengkiJugok!
BadekGonzalez

Wednesday 19 September 2012

Untunglahhh:Phuiiiii

Untunglah...kerja gomen...'
Pegi lawatan sana sini..duduk tercangok dalam meeting...lepas tu ada makan-makan..

Untunglah...Kerja gomen..
Punch card lepas tu terus bukak FB..Kerja lebih skit dah nak minta bonus...

Untunglah...Kerja gomen..
Kerja mcm tak kerja pon....tetap naik gaji.....

Untunglah kan......
Tiap taun dapat bonus..tiap taun gaji naik.....ppphhhuuuiiii



Yang cemburu dan dengki...
XmatapejamcelikX


P/s:Phuuuiiiiii........untunglah kerja gomen....besok tua...dapat pencen....tiap-tiap taun pencen revise plak tu..phuiii

Sunday 16 September 2012

KOMITMEN-Ni pehal ni....kempen undi parti dacing ke

Pe lancau komitmen...pe lancau tanggungjawab......
Diri sendiri tak terjaga....jangan cakap pasal komitmen.
Hutang blaja tak terbayaar...jangan cakap pasal komitmen...
YANG PALING BESAR....
KOMITMEN DENGAN TUHAN PON KAU ABAIKAN......

JANGAN CERITA PASAL KOMITMEN...................



XFAIZ86X
Jadah dier komitmen........Jadah dierrrrrrrrrrrrr...............Siroy cute...harghahrgh

Sunday 9 September 2012

KOMITMEN - layak mana?

badan macam lidi,
tak payah cakap mampu angkat lori.

mulut busuk berkarat di gigi,
tak payah mohon jadi model Colgate mahupun Safi.

kalau lu bukan semulia Muhammad S.A.W,
jangan lu harapkan pasangan semolek Khadijah R.A

maksud berpasangan itu adalah sama padan sama suka.
bukan ikut kepala suka kau landaskan nafsu semata.


TiadaDuitTiadaRupaTiadaHartaTiadaGayaTiadaRasa
BadekGonzalez

Thursday 6 September 2012

KOMITMEN- Mesti

Yang manis
itu gula,
yang pahit itu
hempedu.

Aku lihat ada dua jalan di depan:
Satu, berhenti. Dua, mara lari..

Yang gula itu
tangis,
yang hempedu
itu pasti sakit.

-Stoned-
Farysa Sinsabell

Saturday 11 August 2012

Palat-Tungkik

Dah tau bau macam palat, yang pegi sedut buat pe. Dah tau benda salah
yang lu orang ikut kenapa..Lu orang memang palat ar....


P/s:Palat-palat gua...gua tak penah lagi amek rasuah dan pecah amanah juta2.....

XfaizX
AktivisMemeliharaperut

Sunday 15 July 2012

PALAT - Sebab

"Seperti dicumbu
gadis khunsa
dalam bilik separa dingin.
Itu semalam.

Terjadinya kita di antara dua,
hijab asbab sujud bersebab.

Seperti bercakap
sewaktu dalam
keadaan mabuk.
Itu masa depan."

-Cuma Seorang Penakut-
Farysa Sinsabell

Wednesday 4 July 2012

PALAT: hidup

"hidup kita sepalat ini? kenapa makin hari makin palat?"..

p.s: hidup nak best manjang, buat lah baik bebetul. nanti masuk syurga, berseronoklah sepuasnya..ke, lu ni je yang selera besar?


GuaSeparaAteis
BadekGonzalez.


OUT

Wednesday 27 June 2012

JATI DIRI ; 10 juta

"lantaklah apa nak jadi pun, gua akan tetap pada pegangan gua!''

...kata dia sebelum pihak ke-3 meletakkan tunai RM 10 juta di atas meja.

ManusiaMudahBerubah,
BadekGonzalez



OUT

Monday 4 June 2012

Jati Diri: Melayu Kaukasian

"Melayu bukan ada pada Keris, Melayu ada dalam Jiwa".
                                 Tapi
                      Apa ada dengan Melayu
   "Kalau keris di junjung tetapi agama di pijak-pijak"


P/s: Orang melayu sekarang pakai baju tolong melayu bunuh melayu..

Mohd Faiz Adzman
(Melayu Kaukasian Gebu)

Saturday 2 June 2012

JATI DIRI - kentut

"biarkanmat saleh tu kentut dan berbangga,
kekalkanlah kita akan kentut dan malu."


OUT

MelayuMukaKacukBuruk
BadekGonzalez

JATI DIRI -Mana Melayu?-

Tak semestinya lu pakai jeans
lu tak Melayu dah.

-Nama Betul Gua Dalam Bahasa Arab-
Farysa Sinsabell

Sunday 27 May 2012

BERSIH : bangunan lama

" sampai satu tahap, bangunan akan menjadi reput kerana alam. tak guna dah nak plaster, ikat getah n bagai lagi. elok robohkan dan bina bangunan baru yang lebih efektif dan efisen"



GuaSedangBiacaraTentangKerajaan,
Badek Gonzalez


OUT


Friday 25 May 2012

Bersih-Tiada tahi yang suci

Gua mandi pakai sabun baru bersih, tapi member gua mandi tak pakai sabun pun bersih jugak
katanya....


P/s: Tahi pun boleh jadi wangi kalau hari-hari bau.....



Mohd Faiz
(Urine saya bersih)

Thursday 17 May 2012

BERSIH- Celah Kangkang

"Alang-alang basuh berak,
biar sampai dubur koyak".

Kata mereka sambil memakaikan 
serban di kepala berhala.

-Pengamal Ilmu Hitam Tarikat Cik Bedah-
Farysa Sinsabell



Friday 11 May 2012

Bersih : reality

"bukti titik pertemuan antara demokrasi dan kukubesi"

 P.s: hanya yang bijak yang akan menang. Bukan dengan objektif. Bukan dengan ideologi... Wang??mungkin. 

AktivisYangMembisu,
BadekGonzalez

 OUT

Friday 27 April 2012

ketidaksetujuan:Lu xgengster mana pon

Segengster mana pun manusia itu, dia tetap berhenti kalau lampu
traffic light warna merah ketika memandu.

-Mohd Faiz Adzman-
Bekas Pak Andam profesional.

Tuesday 10 April 2012

KETIDAKSETUJUAN -LU SAPA GUA SAPA?-

BODOH APA BODOH??
ENGKAU TU YG BODOH.


-Finalis Asia Bagus 1998-
Farysa Sinsabell

Monday 9 April 2012

ketidaksetujuan-bahasa lidah vs bahasa hati

meludahkan kata-kata memang mudah.
tapi banyak pula yang sakit hati.
lebih baik memandang guna mata hati daripada berkata-kata tapi kena maki.

-gadis-

Sunday 8 April 2012

ketidaksetujuan : sepotong suka

lebar mana manusia senyum,
belum tentu ada suka.

-MasihNaibJuaraPertandinganUkeleleKampungSimpangTiga-
Badek Gonzalez.

ketidaksetujuan :

sekuat mana gua/lu/dia,
tak bermaksud gua/lu/dia adalah kebal selamanya.

-NaibJuaraPertandinganUkeleleKampungSimpangTiga-
Badek Gonzalez

KETIDAKSETUJUAN -REAKSI ATAU EKSPRESI-

Jangan ingat muka ketat itu
menandakan kedewasaan.


-Rocker wannabe-
Farysa Sinsabell

Wednesday 7 March 2012

Menghakimi : Keperluan Atau Kepuasan?

   Hakimi berjalan kaki untuk ke kedai Ah Meng. Kedai makan Ah Meng memang sering didatangi pemuda melayu. Tiada apa yang mereka ragukan sebab Ah Meng sudah lama bertapak di situ. Masakannya memang diyakini semua orang. Tidak ada campuran glatin babi atau darah anjing. Semuanya halal. Namun bukan itu yang Hakimi kisahkan. Dia pun pergi ke sana cuma pesan kopi o atau teh o sambil main dam aji. Niat sampingannya adalah untuk melihat anak dara sunti si Ah Meng berumur 19 tahun berfigura 34-28-34. Memang sedang elok kata orang.

   Namun hari itu Hakimi sedikit hairan kerana sekilas bayang Lim Siew Ping. Anak si Ah Meng. Lama-lama kelamaan perasaan tidak sabar Hakimi membuak-buak dan meletus. Dia pun bertanya kepada Ah Meng ;

"Ah Meng aa, mana itu Siew Ping? Takde pun dari tadi?" Hakimi cuba bercakap dengan pelat Cina.

"Siew Ping aa? Sudah 3 hari maa pergi oversea. London sana." Ah Meng bersahaja menjawab. Sambil berdiri tangan kirinya bertongkat ke kerusi.

"London? Wahlaooo! Bukan murah looo sana pigi." Hakimi hairan.

"Ya lah. Sudah dapat offer. Hantar saja lah." Ah Meng masih bersahaja. Dia melihat rakan-rakan Hakimi sedang bermain dam aji.

"Haiyaa. Apa macam lu hantar lu punya anak sana? Lu punya kedai pun kecik saja. Mana lu dapat duit? Apapasal talak hantar sini belajar saja?" Hakimi bingung. Soalannya teraju bertubi-tubi seperti Inspektor Lim menyoal penjenayah dalam siri Gerak Khas.

"Ini kedai kicik. Tapi waa punya sedala lamai. Semua waa punya sedala tolong. Nanti bila kitolang senang, kitolang pulak tolong diolang." Muka Ah Meng bersungguh. Sekaligus menyimpul semua soalan Hakimi tadi.

"Errr... Yalah. Oklah." Hakimi mengalah.


   ***********

  Impresi pertama Hakimi ialah mana mungkin pemilik kedai makan kecil mampu menghantar seorang anak belajar ke London. Impresi tersebut seolah-olah memperkecilkan kemampuan seseorang. Namun begitu, penerangan Ah Meng terus membunuh impresi negatif milik Hakimi itu.

  Ya. Impresi pertama sebenarnya merupakan cabang dalam menghakimi seseorang. Sebaik melihat kekacakan seseorang, terus dikatakan si pemilik rupa kacak itu pastinya PlayBoy. Si pemandu Lamboghini pastinya mewarisi harta ibu bapa.

   Kita sendiri memang gemar bertugas sebagai hakim tanpa sertifikasi. Tak perlu belajar setinggi mana, dah boleh jadi hakim. Mudah? Semudah ABC. ABC yang ada kacang, susu manis dengan nata de coco tu. Pergh!

   Fak! Aku lari tajuk. Aku tahu, aku pun sebenarnya sedang menghakimi si hakim-hakim sukarelawan ini. Bukan susah pun. Cuma lihat sahaja kelakuan mereka, kemudian kita simpul dan gulung ikut citarasa kita sendiri. Kalau kita suka seseorang, setiap simpulan mesti baik. Kalau dah tak suka, walau baik mana tindakan seseorang tu, tetap tak baik pada kita. Bukan? Sila akui.

   Sudahlah. Cakap berbuih pun, si hakim-hakim sukarelawan ni tetap nak jadi hakim. Cuma aku nak pesan pada kalian dan pada aku sendiri, apa yang selalu kita hakimkan ;

   Perbuatan? Orang? Atau Idea?


Sir Sipot : Norman Hakim memang untung dapat Memey (Betul ke aku eja memey tu?)

menghakimi : hak vs. batil

berkata jangan ikut suka.
terlajak perahu, boleh di undur.
terlajak kata, sekadar minta maaf sahaja.

semua tahu,
hipotesis boleh dibuat sebelum eksperimen.
dijalankan selepas mengenalpasti pemboleh ubah-pemboleh ubah yang ada.
dan kesimpulan hanya boleh dibuat selepas eksperimen.

namun,
sebelum kau tahu siapa,mengapa mahupun bila dia sebegitu,
kau terus mengecopnya dengan 'sesuatu'.
kau rasa, kau betul ke?

umat selalu lupa,
mengapa persyaratan bilangan saksi dan bukti diperlukan,
ketika dalam mahkamah berorientasi Islam.
dan bagaimana maksudnya.


sibijak sering terlepas alpa,
mengapa sezarah dosa/pahala tetap Yang Maha Kuasa 'ungkit',
bila tiba masanya nanti.
dan bagaimana caranya.

dan sering hari kita terlepas logik,
mengapa Dia lah hakim di akhirat kelak,
mengapa sesama manusia boleh mengungkit pahala dosa dari/ke yang lain.

sedangkan Tuhan akan membentangkan segala pemboleh-ubah yang ada,
sebelum menjatuhkan hukum.
mengapa kau, manusia, tidak perlu?

apa kau tuhan kepada Tuhan yang lebih mulia tarafnya?
atau kau sekadar bodoh?
oh..maaf.kasar..
atau kau sekadar 'sedikit jahil'?

p.s: ni cara aku cerita. malas nak panjang kata.



OUT

aku yang bodoh,
BadekGonzalez
Peminat Ratu Kebaya

Respon - 1ST IMPRESSION ATAU PREJUDIS?

1st impression adalah bukan prejudis, ia adalah pandangan awal kepada apa yang dilihat di depan mata sebelum sesuatu di selami,di kupas, ditelanjangi ataupon dirasa.Tetapi kebiasaan nya 1st impression akan membawa kepada prejudis.Ia bergantung kepada individu.Setiap individu itu mempunyai level dan perkara yang hendak di prejudis kan.Ia bergantung kepada environment ataupon situasi semasa dan pemikiran individu.Contohnya kalau individu itu biasa ditindas oleh kaum lain,ia mungkin akan menjadikan dia prejudis kepada kaum tersebut.

Bagi aku setiap orang ada sifat prejudis itu sendiri.Ada orang prejudis terhadap kaum berlainan, ada yang perjudis terhadap gender berlainan. Sebagai contoh: Ahmad seorang playboy dan sangat prejudis terhadap wanita yang gemuk dan berkulit gelap.Sebab itu dalam list wanita yang menjadi mangsa nya tiada golongan wanita yang obesiti dan berkulit gelap(ini sebagai contoh ya).

Mangsa prejudis pon satu hal....adakalanya mangsa prejudis ini yang membiarkan diri mereka di hakimi tanpa usul periksa..

sebagai contoh:
Seorang wanita berpakaian terlampau seksi sehingga boleh menampakkan *censored disini* keluar memalam dan lepak pula di club-club malam bersama jantan-jantan kolar naik yang lagi banyak minum kencing setan dari air mineral. tak kan la aku nak assume wanita macam ni jenis yang berakhlak plak kan, dan perempuan macam ni tak payah la nak tergedik-gedik cakap "walaupon i clubbing tapi i tak tinggal solat or tak minum arak".

ada juga yang jadi mangsa keadaan prejudis contohnya:

Seorang mamat yang kurus kering, pakai baju serabut berjiwa rawkstar....muka mamai sebab tak cukup tidor..seluar koyak rabak, di sini mesti ada sesetengah orang yang assume mamat ni penagih dadah kan. Padahal mamat ni memang macam ni sifat nya sejak azali lagi...

dan last skali bagi aku, prejudis sedikit mungkin tak mengapa tetapi jangan la sampai terlalu menghukum(guilty without trial kata omputeh). kerana nila setitik, rosak susu sebelangga.Setiap orang memang dilahirkan prejudis dan judgemental cuma level  of prejudice tu yang lain.

P/s:Gua prejudis dekat awek-awek urban yang hot dan selalu berkeliaran kat Pavillion.....gua syak diorang ni discriminate warga-warga cute macam aku ni, sebab tu takde seorang pon dari kaum ni yang berkenan nak amik aku jadi boyfriend diorang.Hahahahaaaa

Yang prejudis tanpa membenci,
XbudaknakalX
Juara makan nasi lemak peringkat wing uitm segamat

Saturday 3 March 2012

MENGHAKIMI- 1ST IMPRESSION ATAU PREJUDIS?

Jika ada tiga orang dihadapan kita,
ketiga-tiganya memberi definisi berbeza berkenaan kita.

Nota kaki: Gua. Lu .Dia. Mereka. Dan semua. Sama saja :) mulut cakap lain, benak cakap lain. Kan? Manusia suka berlagak tuhan; yg tu salah yg ni salah.

Pada pandangan lu semua, bila pertama kali kita kenal, bersua, berborak bersama, etc, lalu kita rasa ada sedikit janggal atau perasaan tidak selesa dgn pihak itu, perasaan itu jatuh ke dalam 1st impression atau prejudis?

Lu seorang manusia yg bersifat menghakimi atau memang seorang yg prejudis? :)

-Penternak kutu secara komersial-
Farysa Sinsabell

Wednesday 29 February 2012

Perantauan - Edisi hujung bulan.

Sedang orang Malaysia duduk menghadap laptop usha youtube, blog, facebook,twitter dan bla bla dan bla...
Sedang orang Malaysia duduk hisap rokok fuh fah fuh fah minum kopi tongkat Ali ,main dam haji, bukak cerita kedai kopi pung pang pung pang....
Sedang orang Malaysia duduk tepi simpang mengurat anak dara orang,duk pheewit sana sini...
Sedang orang Malaysia makan pisang goreng,cendol, rojak mamak, cakoi, dok sengaja tambah bilangan obesiti...
Sedang orang Malaysia jalan-jalan pusing satu shopping mall, pergi karaoke, pergi lepak pantai,pergi Genting Highland...
Sedang orang kita dok menambah bilangan anak luar nikah, seks rambang, abang kakak adik kecil badan kering,cucuk jarum sana sini dok bersepah tepi jalan....
Sedang orang kita senang pi mana-mana naik kereta panjang menjalar....

Ini biasa di Malaysia. orang kita hidup selesa.

Sedang orang di perantauan sana, cuba hidu,bau dan rasa harum, manisnya bau MALAYSIA.
Sedang mereka dok bergelumang dengan satu juta,infinity pengalaman yang luar biasa.
Sedang mereka rasa lihat satu gerombolan orang lari-lari demonstrasi.ah biasa sangat!
Sedang mereka berlawan dengan arus orang yang besar-besar belaka. saiz besar,otak besar, penipu besar!
Sedang mereka lihat pembunuhan,orang mati, kena tembak, kena rodok, kena penggal,darah hanyir bersepah sana-sini. Biasa!
Sedang mereka kerdil, biasa sangat senang, dan mereka cuba keluar dari satu titik dan cuba berdiri tegak untuk berlawan dengan arus susah payah jerih, pedih ,orang kuat,besar,degil, tapi sebenarnya banyak sangat bodoh. ptuihh.

Perantauan banyak sangat maksudnya. nak cerita, bukak table lah!.


Untunglah, paris hilton pakai selendang. 
okay lari tajuk -_-



Entry hujung bulan
-BUNGA LILY-

Monday 27 February 2012

Respon Kepada Pos Badek

Assalamualaikum....maaf ye wahai sahabat-sahabat kerana sedikit terlewat untuk meng’post’ bahan untuk blog ini.Lantaran saya sedang busy mencari sesuap nasi bagi memenuhkan tembolok yang semakin membusung ini..;p

PERANTAUAN SASAU

Kata orang dulu-dulu, banyak berjalan luas pengalaman.Kalau nak menuntut ilmu biar sampai ke negeri cina. Setiap orang ada sebab untuk berhijrah,mengembara ataupun merantau. Bagi aku, merantau adalah satu perkara yang baik kerana merantau bukan cuma untuk bergambar dengan lembu tompok2 di padang ragut ataupun hanya nak dapat segulung kertas yang tertulis di atas nya kejayaan yang belum pasti kemana.Ia lebih kepada menguji jati diri kita sebagai islam,melayu dan rakyat Malaysia.

Sudah menjadi adat kalau masuk kandang kambing mengembek, kalau masuk kandang harimau perlu lah mengaum supaya tidak dipandang pelik dan jelek oleh masyarakat sekitar, Cuma budaya dan adat yang akan kita adaptasi kan itu perlu la berlandaskan dengan norma-norma kehidupan kita sebagai islam dan adat ketimuran. Tak usah lah kita mendabik dada bangga dengan ke’urban’ an kehidupan masyarakat luar sehingga memandang hina akan tempat asal kamu. Baru setahun dua berguling di salji sudah mendabik dada bahawasanya X Calibur lagi hebat dari Taming Sari....phuuiiii... Salji tak kan menukar sawo matang kepada caucasian.

Yang Berkhidmat
XBUDAKNAKALX
Pengerusi Kelab Remaja Gebu Cawangan Tasek Gelugoq









Thursday 16 February 2012

Perantauan...

Bila istilah perantauan dibicarakan, yang tergambar dalam kepala cuma ; si anak kampung keluar ke bandar tinggal ayah di bendang dan si ibu di rumah menggoreng cucur udang.


Nampak mudah? Harfiahnya si anak kampung tadi meninggalkan semua jiwanya dalam kampung tersebut. Baik bermain layang-layang kertas, bermain lumpur, tangkap ikan keli guna tangan, main meriam pada bulan puasa, mengurat si gadis pulang berbasikal bakul depan, kenduri kahwin rewang ramai-ramai. Ya. Semua jiwa anak kampung harus ditinggalkan di kampung itu. Dia wajib masuk ke dimensi lain dengan membawa fahaman baru. Fahaman perantauan.


Itu juga bukan semudah membeli mee goreng. Setiap tapak yang dipilih punya kronologi sendiri.


Si anak kampung perlu melepas tahap memilih kawan sebaik-baik teman. Seperti pepatah yang pernah dicanangkan ; 'Sekiranya berkawan dengan pengimpal besi, baju kita akan berlubang terkena percikan bara. Berkawan dengan penjual minyak wangi, baju kita turut berbau harum.


Inilah terjadi sekiranya langkah itu tersilap. Mungkin si anak kampung tadi akan tersadung kaki sendiri. Mungkin akan terlanggar bonggol batuan jalan. Atau mungkin terpijak lubang lalu terjelepok ke dalam. Atau juga mungkin terpijak tahi anjing. Ish! Mughallazah!


Pengakhiran sebagai perantauan itu yang menjadi kayu pengukur tahap pandangan si perantauan ini. Bila berjaya, dia mula bermegah akan kebaikan yang dilalui dan padanya kampung cuma tempat menoreh getah, bersawah, atau tempat gadis berbaju kurung biasa.


Kalau gagal? Baginya kampunglah segalanya.


Ya. Perantauan sebenarnya banyak merubah identiti diri. Kuat atau tidak si anak kampung tadi berpegang pada fahaman dia si anak kampung, itulah punca sama ada jadi si kacang lupakan kulit atau si kacang dah bersedia untuk dikunyah mulut rakus.


Aku cuma balas apa aku faham.
---Sir Sipot---

Wednesday 15 February 2012

PERANTAUAN- DIMANA BUMI DIPIJAK

Ayahku serigala ibuku ular,
telapak kakiku tanah bumbung aku langit.

Hutan itu rumahku laut itu medanku,
gaung temanku ombak kekasihku,
berjalan aku mengelilingimu berhenti semua meladeni ku.

Ayahku serigala ibuku ular,
teguh itu hatiku setia itu ras aku.



Nota kaki: Gua mulakan dengan puisi ya. Bukan apa, puisi itu sebahagian dari bahasa jiwa. Tidak mengapa jika dipandang orang enteng, asalkan kita berbahasa.

Manusia ini sifatnya, berubah. Mungkin tidak dari sudut pemikiran dan pendirian, kerana semua orang sama hipokrit selalu berkata "mana aku berubah lah sial. aku sama mcm dulu-dulu lah". Macam civai. Hahaha.

Manusia ini perantau: bobrok langit pun bumi tetap dipenuhi dengan para perantau. Terbelah bumi pun, langit tetap idaman si perantau. Benar?

Gua melihat dari sudut gua sendiri- untuk apa gua menggelar diri gua sebagai perantau? Gua ini hamba hina, maka rugi amatlah jika gua tak meneroka bumi anugerah Yang Maha Kuasa ini, kan :)

Tp benar, bila kita bergerak ke satu keasingan, ke satu tempat, ke satu koma yg baru, secara spontan kita akan menjadi seorang yg bersifat menghakimi. Sebagai contoh, "apa lah orang Malaysia ni, romen dalam hotel. Aku dulu kerja kat Paris, bawah kaki Eiffel tu ramai orang beromen". Sebenarnya, diri sendiri yg ortodoks.

Setiap tempat punya caranya tersendiri; budaya, latar tempat, latar masyarakat, geografi, kepercayaan, dan segala bapak lancau lg. Untuk apa menafikan semua itu bila berada atau pernah berada di tempat orang sedangkan orang lain pula mahu meneroka cara hidup kita :)

Gua ini juga manusia dan secara automatiknya gua juga hipokrit. Mungkin nanti gua juga jadi seperti itu. Tapi, selagi kita percaya akan diri kita, teguhkan hati bahawa diri kita ini sebenarnya istimewa. Tak perlu menjadi sesuatu yg asing konon-konon nak jadi sebahagian dari trend. Tapi jangan pula terlampau konservatif sampai tak boleh pakai jeans dengan alasan jeans itu pakaian barat. Cuba cari pro dari globalisasi itu sendiri :)

-Gua cuma kutu. Sama seperti kalian-
Farysa Sinsabell

(Respon ke atas isu PERANTAUAN oleh Badek Gonzalez)

Sunday 12 February 2012

PERANTAUAN - apa guna?

depan mata aku, ramai yang bila mana mereka pulang ke kampung halaman selepas sejengkal masa di perantauan, mereka dengan mudah mencemuh gaya hidup, seni binaan, kualiti hidup dan sistem pendidikan di Malaysia.

diperkatakan oleh mereka yang dari mana mereka 'belajar' adalah  mempunyai sistem yang lebih baik. keindahan di luar sana adalah jauh lebih berseni-gempak-gebangnya dari apa yang ada di sini. malahan tidak ketinggalan juga kepada status paras rupa gender berlainan yang lebih sagak dan mengiurkan.urgh. itu perihal nafsu. lain kali aku ulas..

atau mereka sekadar lupa, apa maksudnya yang ingin disampaikan oleh orang tua zaman hang tuah bermain congkak, ianya berbunyi begini " jangan jadi kacang lupakan kulit". heh, mereka ni patutnya dengar lagu 'batu belah batu konkrit' berulang kali untuk faham rasanya. sebelum melangkah, konon akan sayangngi peluk bumi bertuah. bila dah lepak luar negara, rasa gembira menutupi kesempurnaan abadi.

atau lebih mudah untk fahami apa aku cuba sampaikan, cuba selami apa maksud hadirnya pekerja asing atau lebih mudah dikenali sebagai PATI di Malaysia ni yang jerih memikul simen dan memotong sawit, hanya sekadar untuk menyedut limpahan kekayaan nyata bumi bertuah kepada sanak saudara yang kekal tersepit kesusahan, di kampung halaman. kalau benar 'obesi' yang dia pergi tu bagus, mengapa tiada implimentation pada negara sendiri? konon di luar negara, kerjasama antara rakyat adalah tinggi. ada kau pergi kenduri kesyukuran jiran? ptuih!.sebagai manusia yang berkepala otak lebih mulia dari aku, kau sepatutnya lebih memahami cara nak majukan negara sendiri dengan apa yang kau pelajari. bukan mengherdik.

aku bukan apa. sekadar sedih dan malu melihat anak melayu yang mengagungkan kebudayaan luar berbanding diri sendiri. sistem pendidikan kita sampah? ceh. kau seolah berucap macam kau dulu belajar di Sekolah Menengah Agama Methodist Mexico la pulak. lu belajar pun sesilap dari sekolah pondok. never mistake to diffrentiate between the weakness of system and the stupidity of individu.


p.s: penulisan masih dalam tahap percubaan. bersedia untuk berubah dari 'kecacatan' kepada 'lebih sempurna dari sebelumnya'

OUT
badek_gonzalez

Tuesday 7 February 2012

Salam Sulung Dari Si Sipot...

   Assalammualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam satu-satu saya sayang ibu, dua-dua saya sayang ayah... Ah! Tahi! Aku memang langsung jauh dengan penulisan tertinggi. Apatah lagi ingin berserius dalam berdiskusi.

   Baiklah. Ini dalah tulisan pertama aku di sini. Lumrah setiap permulaan harus bermula dengan salam bukan? Begitu juga di sini. Paksi Fakta. Sebuah ruangan yang ingin berkongsi idea atau bercerita tentang insiden. Mungkin konsep Paksi Fakta cenderung ke arah perbualan di kedai kopi, sambil teh o berasap berteman dan bermain dam aji. Bezanya, di sini. Alam tanpa infiniti. Segenap penjuru boleh berkomunikasi. Berkongsi fakta yang ada paksi.

   Aku paling muda di sini. Aku paling mentah. Apatah lagi baru setahun lebih  berjima' dengan dunia blog berbanding yang lain sudah masak kekuning-kuningan kalau buah mangga dijadi perbandingan. Aku pohon tunjuk ajar. Aku pohon rotan dan penampar kalau aku jauh menyimpang dan tersasar. Sang kepala projek boleh tendang aku terus kalau aku melanggar displin atau visi sebenar.

  Itu sahaja dari aku si budak-budak. Heh. Maaf sebarang salah silap. Tak payah tunggu raya, sekarang pun boleh pohon. Har har har.

Aku menulis tanpa pena mata bulat dan helaian kertas saiz A Empat.
-Sipot-

salam dari kaum hawa

kalau aku tak salah, aku seorang sahaja wanita?
wanita sekarang punya suara yang bisa membuka mata satu dunia.mungkin aku bukan wanita yang pakar dalam pelbagai bidang, tapi, sekadar berkongsi satu dua idea aku boleh. kalau jahanam idea-idea aku, sepuluh jari aku susun. kalau boleh terima, alhamdulillah. Jadi, apa nak kata, baca dulu, baru tahu.

hi abang-abang hero malaya blogger semua.
Aku salah tunjuk, aku betul pun tunjuk.

dengan rasa rendah diri.
-bunga lily-

Salam perkenalan pemula mukadimah...

Setiap manusia walaupun hampir serupa paras rupa tapi berbeza ideologi, pandangan serta pegangan. Setiap pandangan dari akal fikiran dari yang bernama seorang manusia haruslah dihormati walaupon berbeza dari apa yang kita perjuangkan. Tak kira kau sosialis mahupon komunis,melayu,mamak,umno,pas mahu pon gay atau lesbian. Blog ini adalah blog bebas untuk menyuarakan pandangan supaya kita boleh lihat perbezaan pandangan yang mungkin di sebabkan suasana, demographic mahupon taraf kehidupan yang berbeza. seperti contohnya pandangan seseorang yang berfikiran ilmiah mengenai subsidi mungkin berbeza dari pandangan seorang kutu seperti aku.

Salam kepada para penulis bersama blog ini.
-Badek
-Tisu
-Siput
-Lily

yang benar,
XbudaknakalX
Ahli dewan undangan negeri Botswana utara

-Obesiti adalah satu bentuk art yang harus dijiwa (XbudaknakalX,2012)-

SALAM - pembuka kata tanpa suara

salam sejahtera kepada semua. tidak kira samada lu ni bangsa apa, agama apa mahupun hipster macamana. pertama sekali, terima kasih kepada encik tisu sebab mengajak menulis di dalam blog ni. agak berbeza dengan cara penulisan di dalam blog yang lain. namun, wa janji samm lu tisu, wa akan buat yang terbaik. untuk masa ni, wa taw bukan ada pembaca pun untuk blog ni. wa sekadar amek mood nak menulis dalam blog sendiri. dan wa semakin merapu sekarang. tapi, apa-apa pun, selamat membaca kepada pembaca. kalau lu orang rasa blog ni sampah, beritahulah satu dunia melalui akaun facebook lu orang. wa tak rasa penulis akan terasa kerana semuanya semulajadi sampah-rohaninya. argh. semakin merapu.

p.s: tisu. gawat. siput. lily...let's rock!


OUT
badek_gonzalez

Monday 6 February 2012

PEMBUKA TIRAI SALAM PERTAMA

Di sini, kita semua sama. Tiada raja. Tiada hamba. Benar, kita semua beragama tapi di sini, kita melihat diri kita sebagai satu kelompok manusia biasa yang cuma berdiskusi tentang apa yang bermain dalam rutin seharian kita. 

Bersama-samalah kita memanfaatkan ruang ini. Penulisan sebenarnya adalah satu dari jutaan anugerah yang dianugerahkan oleh Tuhan gua, Tuhan lu, Tuhan kita. Jadi, ayuh memperbudayakan bangsa saling berinteraksi. Saling berdiskusi.

Salam hormat buat para penulis pojok :)
i. Badek Gonzalez -Budak Kampung Yang Koya Rock-
ii. Budak Nakal -XBUDAKNAKALX-
iii. Lily -Tak Jiwang, Tak Karat-
iv. Khuzrin Kamarudin -Sipot Si Tukang Tulis-

Cinta itu RockN'Roll
-Farysa Sinsabell-