Wednesday 7 March 2012

menghakimi : hak vs. batil

berkata jangan ikut suka.
terlajak perahu, boleh di undur.
terlajak kata, sekadar minta maaf sahaja.

semua tahu,
hipotesis boleh dibuat sebelum eksperimen.
dijalankan selepas mengenalpasti pemboleh ubah-pemboleh ubah yang ada.
dan kesimpulan hanya boleh dibuat selepas eksperimen.

namun,
sebelum kau tahu siapa,mengapa mahupun bila dia sebegitu,
kau terus mengecopnya dengan 'sesuatu'.
kau rasa, kau betul ke?

umat selalu lupa,
mengapa persyaratan bilangan saksi dan bukti diperlukan,
ketika dalam mahkamah berorientasi Islam.
dan bagaimana maksudnya.


sibijak sering terlepas alpa,
mengapa sezarah dosa/pahala tetap Yang Maha Kuasa 'ungkit',
bila tiba masanya nanti.
dan bagaimana caranya.

dan sering hari kita terlepas logik,
mengapa Dia lah hakim di akhirat kelak,
mengapa sesama manusia boleh mengungkit pahala dosa dari/ke yang lain.

sedangkan Tuhan akan membentangkan segala pemboleh-ubah yang ada,
sebelum menjatuhkan hukum.
mengapa kau, manusia, tidak perlu?

apa kau tuhan kepada Tuhan yang lebih mulia tarafnya?
atau kau sekadar bodoh?
oh..maaf.kasar..
atau kau sekadar 'sedikit jahil'?

p.s: ni cara aku cerita. malas nak panjang kata.



OUT

aku yang bodoh,
BadekGonzalez
Peminat Ratu Kebaya

1 comment:

  1. stail. lu memng stail bak ang. Kan? setuju tak gua kata "manusia suka berlagak tuhan?". Haha

    ReplyDelete