Saturday 27 July 2013

Ramadhan Menyapa

Sepak terajang dunia membawa arus sungai pemikiran ku ke arah duniawi. Setiap benda yang dipegang yang dilihat hanyalah untuk mendapat balasan tak kira la uang mahupon kemahsyuran. Ramadhan hanya menjadi trending di instagram dan twitter. Masjid terus susut dengan jemaah, gedung-gedung berhias lampu neon yang indah bertambah imarah. Si pembakar kuih berpeluh di dapur,si tukang jahit tersenguk di mesin jahit. Gadis-gadis muslimah terus sakan melabur saham dalam pemilikan tudung sama tamaknya seperti JP morgan mencari uang. Ibu-ibu di kampung terus tersengih menanti anak-anak pulang beraya. Pegawai kerajaan bergembira dengan duit bonus. Awek-awek postgrad sudah berkira-kira untuk beraya dikorea. Dan gua kutu masih begini mengunjungi kedai-kedai bundle membeli juadah santapan bergaya untuk hari raya dan mat ganja terus berpuisi dan berfalsafah..............

P/s:Lepas pilihanraya ramai yang bercita-cita nak hidup senang.Yang technician mahu jadi jurutera. Yang miskin mahu kekayaan,yang kaya mahu terus kaya...tapi lawak kan......semua nya masih sama, gua masih perlu bangun pagi untuk bekerja sebagai macai terulung..hahhaa


Friday 12 July 2013

Ramadhan menyapa lagi

menahan lapar dan dahaga?
menyuci dosa?
menambah pahala?
atau,
sekadar menanti raya?


OUT