Monday 28 May 2018

terleka sementara

terkahir dicoret, 2014.
sebuah side project yang deep-deep.
kami acah deep, before it was cool.
keh keh

Salam Ramadhan


OUT

Thursday 22 May 2014

berpindah

siapa yang lu tinggalkan?
siapa yang lu tak kenangkan?
siapa yang lu teringatkan?
siapa yang lu idamkan?

masa berubah.
manusia berubah.
lu dan gua berubah.
semua tetap berubah.

terima je lah konsep perubahan.
yang penting,
lu hijrah kepada yang lebih baik.
jangan makin palat pulak.

good luck, niggas.


OUT

Saturday 27 July 2013

Ramadhan Menyapa

Sepak terajang dunia membawa arus sungai pemikiran ku ke arah duniawi. Setiap benda yang dipegang yang dilihat hanyalah untuk mendapat balasan tak kira la uang mahupon kemahsyuran. Ramadhan hanya menjadi trending di instagram dan twitter. Masjid terus susut dengan jemaah, gedung-gedung berhias lampu neon yang indah bertambah imarah. Si pembakar kuih berpeluh di dapur,si tukang jahit tersenguk di mesin jahit. Gadis-gadis muslimah terus sakan melabur saham dalam pemilikan tudung sama tamaknya seperti JP morgan mencari uang. Ibu-ibu di kampung terus tersengih menanti anak-anak pulang beraya. Pegawai kerajaan bergembira dengan duit bonus. Awek-awek postgrad sudah berkira-kira untuk beraya dikorea. Dan gua kutu masih begini mengunjungi kedai-kedai bundle membeli juadah santapan bergaya untuk hari raya dan mat ganja terus berpuisi dan berfalsafah..............

P/s:Lepas pilihanraya ramai yang bercita-cita nak hidup senang.Yang technician mahu jadi jurutera. Yang miskin mahu kekayaan,yang kaya mahu terus kaya...tapi lawak kan......semua nya masih sama, gua masih perlu bangun pagi untuk bekerja sebagai macai terulung..hahhaa


Friday 12 July 2013

Ramadhan menyapa lagi

menahan lapar dan dahaga?
menyuci dosa?
menambah pahala?
atau,
sekadar menanti raya?


OUT

Monday 13 May 2013

TERDIAM KELU : satu demi satu membisu

kalau parah, mana katilnya?
kalau mati, mana kuburnya?
kalau hidup, mana buktinya?

dengan haluan masing-masing.
dengan hidup masing-masing.
dengan cara masing-masing.

namun,
gua, dia dan dia kekal kutu.
sekadar menjadi gelandangan berijazah.


p.s: diploma dan degree, takde lah segebang menara gading yang dimomokkan dulu.


OUT