Wednesday 7 March 2012

Respon - 1ST IMPRESSION ATAU PREJUDIS?

1st impression adalah bukan prejudis, ia adalah pandangan awal kepada apa yang dilihat di depan mata sebelum sesuatu di selami,di kupas, ditelanjangi ataupon dirasa.Tetapi kebiasaan nya 1st impression akan membawa kepada prejudis.Ia bergantung kepada individu.Setiap individu itu mempunyai level dan perkara yang hendak di prejudis kan.Ia bergantung kepada environment ataupon situasi semasa dan pemikiran individu.Contohnya kalau individu itu biasa ditindas oleh kaum lain,ia mungkin akan menjadikan dia prejudis kepada kaum tersebut.

Bagi aku setiap orang ada sifat prejudis itu sendiri.Ada orang prejudis terhadap kaum berlainan, ada yang perjudis terhadap gender berlainan. Sebagai contoh: Ahmad seorang playboy dan sangat prejudis terhadap wanita yang gemuk dan berkulit gelap.Sebab itu dalam list wanita yang menjadi mangsa nya tiada golongan wanita yang obesiti dan berkulit gelap(ini sebagai contoh ya).

Mangsa prejudis pon satu hal....adakalanya mangsa prejudis ini yang membiarkan diri mereka di hakimi tanpa usul periksa..

sebagai contoh:
Seorang wanita berpakaian terlampau seksi sehingga boleh menampakkan *censored disini* keluar memalam dan lepak pula di club-club malam bersama jantan-jantan kolar naik yang lagi banyak minum kencing setan dari air mineral. tak kan la aku nak assume wanita macam ni jenis yang berakhlak plak kan, dan perempuan macam ni tak payah la nak tergedik-gedik cakap "walaupon i clubbing tapi i tak tinggal solat or tak minum arak".

ada juga yang jadi mangsa keadaan prejudis contohnya:

Seorang mamat yang kurus kering, pakai baju serabut berjiwa rawkstar....muka mamai sebab tak cukup tidor..seluar koyak rabak, di sini mesti ada sesetengah orang yang assume mamat ni penagih dadah kan. Padahal mamat ni memang macam ni sifat nya sejak azali lagi...

dan last skali bagi aku, prejudis sedikit mungkin tak mengapa tetapi jangan la sampai terlalu menghukum(guilty without trial kata omputeh). kerana nila setitik, rosak susu sebelangga.Setiap orang memang dilahirkan prejudis dan judgemental cuma level  of prejudice tu yang lain.

P/s:Gua prejudis dekat awek-awek urban yang hot dan selalu berkeliaran kat Pavillion.....gua syak diorang ni discriminate warga-warga cute macam aku ni, sebab tu takde seorang pon dari kaum ni yang berkenan nak amik aku jadi boyfriend diorang.Hahahahaaaa

Yang prejudis tanpa membenci,
XbudaknakalX
Juara makan nasi lemak peringkat wing uitm segamat

1 comment:

  1. "...mamat kurus kering berjiwa rawkstar..."

    gua suka ayat tu :) gua memang dari dulu dijadikan manusia lain sebagai bahan prejudis. Hahaha. betul.

    gua rasa lah, salah satu benefit dgn jadi mangsa prejudis adalah individu tu akn lebih yakin dan true dan istiqamah utk terus jadi diri sendiri. itupun klu individu y=tu kuat lah. hahaha

    nice article bro :) thumbs up

    ReplyDelete