Monday 28 January 2013

GOD'S WILL : Berantakan Jiwa

Semalam aku tenang,
Hari ini aku berantakan,
Mencarut pada yang bukan-bukan,
Jiwa sakit mengejar yang zahir,
Pada hakikat aku tak kenal siapa aku dan siapa dia,
Tuhan itu satu dan kalian serta aku dah lama tahu,
Dari buaian di ajar melafaz tapi tidak mengenal,
Asyik bersabar tiada bersyukur,
Akhirnya sesat di alam zahir.

P/s:Hidup penuh rahsia, hati penuh rahsia, jiwa penuh rahsia, kau ada rahsia dan aku juga ada rahsia, hari mendatang adalah rahsia, aku khilaf memandang pada zahir...aku khilaf memandang pada yang hanya wujud di depan mata. Bersedih aku kerana khilaf, bersedih aku kerana sesat dan bersedih aku kerana lelah...lelah yang entah sampai bila dapat ku tahan.


XmatapejampelikX
Hanya demonstran di atas tilam

Thursday 17 January 2013

GOD'S WILL : kalau dah nasib

kalaulah bila lu bangun pagi,
lu terbayang sedih nak tidur malam nanti.
lu terbayang pahit jerih kehidupan semalam,
lu terbayang hempas pulas kehidupan hari ini,
lu termangu memikirkan kehidupan masa hadapan.

kalaulah lu sebegini,
lu nak ludah padaNya atau pada diri lu sendiri?

p.s: somebody gotta take the blame. rite? kehkeh


OUT

Saturday 12 January 2013

GOD WILLS - Sehela Nafas

"..Pernahkah di setiap
pagi hela bangunnya dari tidur,

lu mengucapkan terimakasih
kepada Tuhan lu yg memberi izin
untuk lu celik kembali?.."


-Bekas pemain drums band 60an-
Farysa Sinsabell