Monday 28 January 2013

GOD'S WILL : Berantakan Jiwa

Semalam aku tenang,
Hari ini aku berantakan,
Mencarut pada yang bukan-bukan,
Jiwa sakit mengejar yang zahir,
Pada hakikat aku tak kenal siapa aku dan siapa dia,
Tuhan itu satu dan kalian serta aku dah lama tahu,
Dari buaian di ajar melafaz tapi tidak mengenal,
Asyik bersabar tiada bersyukur,
Akhirnya sesat di alam zahir.

P/s:Hidup penuh rahsia, hati penuh rahsia, jiwa penuh rahsia, kau ada rahsia dan aku juga ada rahsia, hari mendatang adalah rahsia, aku khilaf memandang pada zahir...aku khilaf memandang pada yang hanya wujud di depan mata. Bersedih aku kerana khilaf, bersedih aku kerana sesat dan bersedih aku kerana lelah...lelah yang entah sampai bila dapat ku tahan.


XmatapejampelikX
Hanya demonstran di atas tilam

No comments:

Post a Comment