Wednesday 29 February 2012

Perantauan - Edisi hujung bulan.

Sedang orang Malaysia duduk menghadap laptop usha youtube, blog, facebook,twitter dan bla bla dan bla...
Sedang orang Malaysia duduk hisap rokok fuh fah fuh fah minum kopi tongkat Ali ,main dam haji, bukak cerita kedai kopi pung pang pung pang....
Sedang orang Malaysia duduk tepi simpang mengurat anak dara orang,duk pheewit sana sini...
Sedang orang Malaysia makan pisang goreng,cendol, rojak mamak, cakoi, dok sengaja tambah bilangan obesiti...
Sedang orang Malaysia jalan-jalan pusing satu shopping mall, pergi karaoke, pergi lepak pantai,pergi Genting Highland...
Sedang orang kita dok menambah bilangan anak luar nikah, seks rambang, abang kakak adik kecil badan kering,cucuk jarum sana sini dok bersepah tepi jalan....
Sedang orang kita senang pi mana-mana naik kereta panjang menjalar....

Ini biasa di Malaysia. orang kita hidup selesa.

Sedang orang di perantauan sana, cuba hidu,bau dan rasa harum, manisnya bau MALAYSIA.
Sedang mereka dok bergelumang dengan satu juta,infinity pengalaman yang luar biasa.
Sedang mereka rasa lihat satu gerombolan orang lari-lari demonstrasi.ah biasa sangat!
Sedang mereka berlawan dengan arus orang yang besar-besar belaka. saiz besar,otak besar, penipu besar!
Sedang mereka lihat pembunuhan,orang mati, kena tembak, kena rodok, kena penggal,darah hanyir bersepah sana-sini. Biasa!
Sedang mereka kerdil, biasa sangat senang, dan mereka cuba keluar dari satu titik dan cuba berdiri tegak untuk berlawan dengan arus susah payah jerih, pedih ,orang kuat,besar,degil, tapi sebenarnya banyak sangat bodoh. ptuihh.

Perantauan banyak sangat maksudnya. nak cerita, bukak table lah!.


Untunglah, paris hilton pakai selendang. 
okay lari tajuk -_-



Entry hujung bulan
-BUNGA LILY-

Monday 27 February 2012

Respon Kepada Pos Badek

Assalamualaikum....maaf ye wahai sahabat-sahabat kerana sedikit terlewat untuk meng’post’ bahan untuk blog ini.Lantaran saya sedang busy mencari sesuap nasi bagi memenuhkan tembolok yang semakin membusung ini..;p

PERANTAUAN SASAU

Kata orang dulu-dulu, banyak berjalan luas pengalaman.Kalau nak menuntut ilmu biar sampai ke negeri cina. Setiap orang ada sebab untuk berhijrah,mengembara ataupun merantau. Bagi aku, merantau adalah satu perkara yang baik kerana merantau bukan cuma untuk bergambar dengan lembu tompok2 di padang ragut ataupun hanya nak dapat segulung kertas yang tertulis di atas nya kejayaan yang belum pasti kemana.Ia lebih kepada menguji jati diri kita sebagai islam,melayu dan rakyat Malaysia.

Sudah menjadi adat kalau masuk kandang kambing mengembek, kalau masuk kandang harimau perlu lah mengaum supaya tidak dipandang pelik dan jelek oleh masyarakat sekitar, Cuma budaya dan adat yang akan kita adaptasi kan itu perlu la berlandaskan dengan norma-norma kehidupan kita sebagai islam dan adat ketimuran. Tak usah lah kita mendabik dada bangga dengan ke’urban’ an kehidupan masyarakat luar sehingga memandang hina akan tempat asal kamu. Baru setahun dua berguling di salji sudah mendabik dada bahawasanya X Calibur lagi hebat dari Taming Sari....phuuiiii... Salji tak kan menukar sawo matang kepada caucasian.

Yang Berkhidmat
XBUDAKNAKALX
Pengerusi Kelab Remaja Gebu Cawangan Tasek Gelugoq









Thursday 16 February 2012

Perantauan...

Bila istilah perantauan dibicarakan, yang tergambar dalam kepala cuma ; si anak kampung keluar ke bandar tinggal ayah di bendang dan si ibu di rumah menggoreng cucur udang.


Nampak mudah? Harfiahnya si anak kampung tadi meninggalkan semua jiwanya dalam kampung tersebut. Baik bermain layang-layang kertas, bermain lumpur, tangkap ikan keli guna tangan, main meriam pada bulan puasa, mengurat si gadis pulang berbasikal bakul depan, kenduri kahwin rewang ramai-ramai. Ya. Semua jiwa anak kampung harus ditinggalkan di kampung itu. Dia wajib masuk ke dimensi lain dengan membawa fahaman baru. Fahaman perantauan.


Itu juga bukan semudah membeli mee goreng. Setiap tapak yang dipilih punya kronologi sendiri.


Si anak kampung perlu melepas tahap memilih kawan sebaik-baik teman. Seperti pepatah yang pernah dicanangkan ; 'Sekiranya berkawan dengan pengimpal besi, baju kita akan berlubang terkena percikan bara. Berkawan dengan penjual minyak wangi, baju kita turut berbau harum.


Inilah terjadi sekiranya langkah itu tersilap. Mungkin si anak kampung tadi akan tersadung kaki sendiri. Mungkin akan terlanggar bonggol batuan jalan. Atau mungkin terpijak lubang lalu terjelepok ke dalam. Atau juga mungkin terpijak tahi anjing. Ish! Mughallazah!


Pengakhiran sebagai perantauan itu yang menjadi kayu pengukur tahap pandangan si perantauan ini. Bila berjaya, dia mula bermegah akan kebaikan yang dilalui dan padanya kampung cuma tempat menoreh getah, bersawah, atau tempat gadis berbaju kurung biasa.


Kalau gagal? Baginya kampunglah segalanya.


Ya. Perantauan sebenarnya banyak merubah identiti diri. Kuat atau tidak si anak kampung tadi berpegang pada fahaman dia si anak kampung, itulah punca sama ada jadi si kacang lupakan kulit atau si kacang dah bersedia untuk dikunyah mulut rakus.


Aku cuma balas apa aku faham.
---Sir Sipot---

Wednesday 15 February 2012

PERANTAUAN- DIMANA BUMI DIPIJAK

Ayahku serigala ibuku ular,
telapak kakiku tanah bumbung aku langit.

Hutan itu rumahku laut itu medanku,
gaung temanku ombak kekasihku,
berjalan aku mengelilingimu berhenti semua meladeni ku.

Ayahku serigala ibuku ular,
teguh itu hatiku setia itu ras aku.



Nota kaki: Gua mulakan dengan puisi ya. Bukan apa, puisi itu sebahagian dari bahasa jiwa. Tidak mengapa jika dipandang orang enteng, asalkan kita berbahasa.

Manusia ini sifatnya, berubah. Mungkin tidak dari sudut pemikiran dan pendirian, kerana semua orang sama hipokrit selalu berkata "mana aku berubah lah sial. aku sama mcm dulu-dulu lah". Macam civai. Hahaha.

Manusia ini perantau: bobrok langit pun bumi tetap dipenuhi dengan para perantau. Terbelah bumi pun, langit tetap idaman si perantau. Benar?

Gua melihat dari sudut gua sendiri- untuk apa gua menggelar diri gua sebagai perantau? Gua ini hamba hina, maka rugi amatlah jika gua tak meneroka bumi anugerah Yang Maha Kuasa ini, kan :)

Tp benar, bila kita bergerak ke satu keasingan, ke satu tempat, ke satu koma yg baru, secara spontan kita akan menjadi seorang yg bersifat menghakimi. Sebagai contoh, "apa lah orang Malaysia ni, romen dalam hotel. Aku dulu kerja kat Paris, bawah kaki Eiffel tu ramai orang beromen". Sebenarnya, diri sendiri yg ortodoks.

Setiap tempat punya caranya tersendiri; budaya, latar tempat, latar masyarakat, geografi, kepercayaan, dan segala bapak lancau lg. Untuk apa menafikan semua itu bila berada atau pernah berada di tempat orang sedangkan orang lain pula mahu meneroka cara hidup kita :)

Gua ini juga manusia dan secara automatiknya gua juga hipokrit. Mungkin nanti gua juga jadi seperti itu. Tapi, selagi kita percaya akan diri kita, teguhkan hati bahawa diri kita ini sebenarnya istimewa. Tak perlu menjadi sesuatu yg asing konon-konon nak jadi sebahagian dari trend. Tapi jangan pula terlampau konservatif sampai tak boleh pakai jeans dengan alasan jeans itu pakaian barat. Cuba cari pro dari globalisasi itu sendiri :)

-Gua cuma kutu. Sama seperti kalian-
Farysa Sinsabell

(Respon ke atas isu PERANTAUAN oleh Badek Gonzalez)

Sunday 12 February 2012

PERANTAUAN - apa guna?

depan mata aku, ramai yang bila mana mereka pulang ke kampung halaman selepas sejengkal masa di perantauan, mereka dengan mudah mencemuh gaya hidup, seni binaan, kualiti hidup dan sistem pendidikan di Malaysia.

diperkatakan oleh mereka yang dari mana mereka 'belajar' adalah  mempunyai sistem yang lebih baik. keindahan di luar sana adalah jauh lebih berseni-gempak-gebangnya dari apa yang ada di sini. malahan tidak ketinggalan juga kepada status paras rupa gender berlainan yang lebih sagak dan mengiurkan.urgh. itu perihal nafsu. lain kali aku ulas..

atau mereka sekadar lupa, apa maksudnya yang ingin disampaikan oleh orang tua zaman hang tuah bermain congkak, ianya berbunyi begini " jangan jadi kacang lupakan kulit". heh, mereka ni patutnya dengar lagu 'batu belah batu konkrit' berulang kali untuk faham rasanya. sebelum melangkah, konon akan sayangngi peluk bumi bertuah. bila dah lepak luar negara, rasa gembira menutupi kesempurnaan abadi.

atau lebih mudah untk fahami apa aku cuba sampaikan, cuba selami apa maksud hadirnya pekerja asing atau lebih mudah dikenali sebagai PATI di Malaysia ni yang jerih memikul simen dan memotong sawit, hanya sekadar untuk menyedut limpahan kekayaan nyata bumi bertuah kepada sanak saudara yang kekal tersepit kesusahan, di kampung halaman. kalau benar 'obesi' yang dia pergi tu bagus, mengapa tiada implimentation pada negara sendiri? konon di luar negara, kerjasama antara rakyat adalah tinggi. ada kau pergi kenduri kesyukuran jiran? ptuih!.sebagai manusia yang berkepala otak lebih mulia dari aku, kau sepatutnya lebih memahami cara nak majukan negara sendiri dengan apa yang kau pelajari. bukan mengherdik.

aku bukan apa. sekadar sedih dan malu melihat anak melayu yang mengagungkan kebudayaan luar berbanding diri sendiri. sistem pendidikan kita sampah? ceh. kau seolah berucap macam kau dulu belajar di Sekolah Menengah Agama Methodist Mexico la pulak. lu belajar pun sesilap dari sekolah pondok. never mistake to diffrentiate between the weakness of system and the stupidity of individu.


p.s: penulisan masih dalam tahap percubaan. bersedia untuk berubah dari 'kecacatan' kepada 'lebih sempurna dari sebelumnya'

OUT
badek_gonzalez

Tuesday 7 February 2012

Salam Sulung Dari Si Sipot...

   Assalammualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam satu-satu saya sayang ibu, dua-dua saya sayang ayah... Ah! Tahi! Aku memang langsung jauh dengan penulisan tertinggi. Apatah lagi ingin berserius dalam berdiskusi.

   Baiklah. Ini dalah tulisan pertama aku di sini. Lumrah setiap permulaan harus bermula dengan salam bukan? Begitu juga di sini. Paksi Fakta. Sebuah ruangan yang ingin berkongsi idea atau bercerita tentang insiden. Mungkin konsep Paksi Fakta cenderung ke arah perbualan di kedai kopi, sambil teh o berasap berteman dan bermain dam aji. Bezanya, di sini. Alam tanpa infiniti. Segenap penjuru boleh berkomunikasi. Berkongsi fakta yang ada paksi.

   Aku paling muda di sini. Aku paling mentah. Apatah lagi baru setahun lebih  berjima' dengan dunia blog berbanding yang lain sudah masak kekuning-kuningan kalau buah mangga dijadi perbandingan. Aku pohon tunjuk ajar. Aku pohon rotan dan penampar kalau aku jauh menyimpang dan tersasar. Sang kepala projek boleh tendang aku terus kalau aku melanggar displin atau visi sebenar.

  Itu sahaja dari aku si budak-budak. Heh. Maaf sebarang salah silap. Tak payah tunggu raya, sekarang pun boleh pohon. Har har har.

Aku menulis tanpa pena mata bulat dan helaian kertas saiz A Empat.
-Sipot-

salam dari kaum hawa

kalau aku tak salah, aku seorang sahaja wanita?
wanita sekarang punya suara yang bisa membuka mata satu dunia.mungkin aku bukan wanita yang pakar dalam pelbagai bidang, tapi, sekadar berkongsi satu dua idea aku boleh. kalau jahanam idea-idea aku, sepuluh jari aku susun. kalau boleh terima, alhamdulillah. Jadi, apa nak kata, baca dulu, baru tahu.

hi abang-abang hero malaya blogger semua.
Aku salah tunjuk, aku betul pun tunjuk.

dengan rasa rendah diri.
-bunga lily-

Salam perkenalan pemula mukadimah...

Setiap manusia walaupun hampir serupa paras rupa tapi berbeza ideologi, pandangan serta pegangan. Setiap pandangan dari akal fikiran dari yang bernama seorang manusia haruslah dihormati walaupon berbeza dari apa yang kita perjuangkan. Tak kira kau sosialis mahupon komunis,melayu,mamak,umno,pas mahu pon gay atau lesbian. Blog ini adalah blog bebas untuk menyuarakan pandangan supaya kita boleh lihat perbezaan pandangan yang mungkin di sebabkan suasana, demographic mahupon taraf kehidupan yang berbeza. seperti contohnya pandangan seseorang yang berfikiran ilmiah mengenai subsidi mungkin berbeza dari pandangan seorang kutu seperti aku.

Salam kepada para penulis bersama blog ini.
-Badek
-Tisu
-Siput
-Lily

yang benar,
XbudaknakalX
Ahli dewan undangan negeri Botswana utara

-Obesiti adalah satu bentuk art yang harus dijiwa (XbudaknakalX,2012)-

SALAM - pembuka kata tanpa suara

salam sejahtera kepada semua. tidak kira samada lu ni bangsa apa, agama apa mahupun hipster macamana. pertama sekali, terima kasih kepada encik tisu sebab mengajak menulis di dalam blog ni. agak berbeza dengan cara penulisan di dalam blog yang lain. namun, wa janji samm lu tisu, wa akan buat yang terbaik. untuk masa ni, wa taw bukan ada pembaca pun untuk blog ni. wa sekadar amek mood nak menulis dalam blog sendiri. dan wa semakin merapu sekarang. tapi, apa-apa pun, selamat membaca kepada pembaca. kalau lu orang rasa blog ni sampah, beritahulah satu dunia melalui akaun facebook lu orang. wa tak rasa penulis akan terasa kerana semuanya semulajadi sampah-rohaninya. argh. semakin merapu.

p.s: tisu. gawat. siput. lily...let's rock!


OUT
badek_gonzalez

Monday 6 February 2012

PEMBUKA TIRAI SALAM PERTAMA

Di sini, kita semua sama. Tiada raja. Tiada hamba. Benar, kita semua beragama tapi di sini, kita melihat diri kita sebagai satu kelompok manusia biasa yang cuma berdiskusi tentang apa yang bermain dalam rutin seharian kita. 

Bersama-samalah kita memanfaatkan ruang ini. Penulisan sebenarnya adalah satu dari jutaan anugerah yang dianugerahkan oleh Tuhan gua, Tuhan lu, Tuhan kita. Jadi, ayuh memperbudayakan bangsa saling berinteraksi. Saling berdiskusi.

Salam hormat buat para penulis pojok :)
i. Badek Gonzalez -Budak Kampung Yang Koya Rock-
ii. Budak Nakal -XBUDAKNAKALX-
iii. Lily -Tak Jiwang, Tak Karat-
iv. Khuzrin Kamarudin -Sipot Si Tukang Tulis-

Cinta itu RockN'Roll
-Farysa Sinsabell-